Saturday, January 23, 2010

Tolong lah faham :(

Aku bersyukur kerana babah memberikan kebenaran untuk aku keluar bersama rakan-rakan untuk pergi ke gig . Alhamdullilah :) Biasa nya , aku akan keluar ke rumah dalam pukul 1 dan terus menuju ke Bukit Bintang untuk berjumpa rakan-rakan . Selepas itu , kami bergerak terus pergi ke gig . Alhamdullilah babah membenarkan aku pergi tetapi mempunyai satu syarat , iaitu aku perlu sampai ke rumah dalam pukul 9. WTF ? Masa ini aku akan keluarkan katakata kesat di dalam hati . Tapi aku masih bersyukur kerana babah membenarkan aku untuk pergi ke gig dan layan bandband yang ada di gig tersebut . Tapi , aku amat sedih kerana pada hari ini , iaitu band First Blood , Hardcore Metal , telah memperformkan diri di OneCafe dimana aku bukan salah satu crowd dari situ . Babah mengizinkan untuk aku pergi tetapi aku harus sampai ke rumah sebelum kul 9 . Semestinya band best main malam kan ? Dalam pukul 9.30 - 10.00 , macam tuh kan ? So , apa guna nya aku pergi ke gig dan membayar RM35 tetapi tidak tengok band First Blood . Sama sahaje kalau aku pergi beli buku latihan , aku bace cover dia je , tpi aku tak bace isi dalam buku latihan tuh . Kan ? Tapi , babah tidak memahami nya :( Amat kecewa sekali . Dan , pada 6 feb ini , band Bold , Hardpunk , akan memperformkan diri di OneCafe juga , iaitu aku telah membeli presalenya di Momucks Fattly Oi . Harganya RM35 jugak . Tapi , aku merasakan bahawa aku tidak dapat tengok Bold kerana band best akan perform malam . Andai kata bestnya kalau gig start awal dan habis pun awal . Tapi aku ni bukan orang hot untuk mengubah semua itu . Dan , aku berharap Babah terbuka hatinya untuk membenarkan aku melihat dan sing along dengan Bold . Tolong doakan :( Memang best hidup macam ni sebab parents dah bagi pergi gig , tapi apa gunanya kalau kita pergi gig tak tengok band fav kita ? Ramai kawan aku suruh aku balik lambat dan tidak payah mendengar nasihat ibu bapa . Astahirullahalhazim . Yang jawab dosa pahala aku semua adalah orang tua aku bukan korang . So , tolong lah faham . Korang semua bahan aku sebab aku balik awal kan ? Mungkin aku ni kecik lagi , sebab tuh parents aku tak kasi balik lambat . Maybe tahun ni tahun kegemilangan korang . Tapi , jangan lah membahan kawan . Aku tahu nanti mesti ada tahun kegemilangan aku pula . Mungkin sekarang aku sedang diuji , aku hanya perlu bersabar . Yang penting , aku dengar cakap ibu bapa . Tapi kalau Outbreak datang sini , SUMPAH AKU TAK BALIK RUMAH !